YIN717: SHOES DRYER

NIK NUR ARISSA AFRINA BINTI NIK BAHARUM SMK DATO' AHMAD MAHER

Mesin pengering kasut elektrik ini direka untuk mengeringkan kasut basah atau lembap, membunuh bakteria, dan menghilangkan bau apak tanpa merosakkan kasut. Ia menggunakan bahan seperti papan lapis, wayar Nichrome, kipas penyejuk komputer, lampu LED, dan lembaran akrilik, serta disusun dalam kotak bersaiz 20×18×16 inci. Kaedah penyediaan melibatkan pemasangan papan lapis, pemotongan bahagian untuk kipas, lampu dan elemen pemanas, serta penyambungan semua komponen elektrik. Semasa operasi, haba daripada wayar Nichrome dan pengedaran udara oleh kipas menyejukkan dan mengeringkan kasut secara menyeluruh, dengan lampu LED sebagai indikator. Mesin ini adalah penyelesaian kos efektif untuk masalah kasut basah akibat hujan, mengekalkan kebersihan dan keselesaan kaki serta menghapuskan bakteria dan bau hapak.

Kata Kunci: Mesin pengering kasut, Kasut basah / lembap