FATIHAH INSYIRAH BINTI MOHD HAIRUL SK PASANGAN
Rumah pintar merupakah satu model inovasi yang menampilkan demonstrasi elemen gerakan serta penggunaan tenaga boleh baharu. Model ini memberi cadangan idea bagi menangani isu global, pendedahan kepada pengguna mengenai gaya hidup moden yang efisien, memudahkan aktiviti harian, menyokong penjimatan masa dan tenaga dalam kehidupan seharian. Antara ciri inovasi yang diketengahkan termasuk penggunaan sensor suara untuk menghidupkan lampu, sensor gerakan bagi mengawal lampu, kipas serta pintu pagar, serta integrasi teknologi menggunakan aplikasi Blynk dan perisian Arduino yang boleh dikawal melalui telefon pintar secara automatik. Selain itu, model rumah ini turut memanfaatkan panel solar sebagai sumber tenaga untuk menghidupkan lampu dan kipas.