SURIANTI BINTI ABD WAHAB SK KUALA PEGANG
E-ScVocab: Belajar Istilah Sains Jadi Mudah & Seronok ialah inovasi aplikasi pembelajaran berasaskan permainan kuiz digital untuk meningkatkan penguasaan istilah Sains murid Tahun 5 UUM. Seramai 24 murid dikenal pasti lemah melalui ujian diagnostik dan analisis item. Bagi mengatasi isu ini, latihan interaktif dibangunkan dalam bentuk kuiz menyeronokkan untuk menarik minat dan meningkatkan pemahaman secara tidak langsung. Aplikasi ini mesra pengguna, mudah diakses bila-bila masa dan membolehkan pembelajaran kendiri serta pemantauan ibu bapa. Pendekatan permainan meningkatkan penglibatan aktif, menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan berkesan, seterusnya membantu meningkatkan pencapaian akademik murid dalam Sains.