NURHAYATI IMANI BINTI AZMAN SK TIMBUA RANAU
Projek EcoHoS Spray merupakan satu inovasi penyembur penghalau nyamuk dan lalat semula jadi yang direka sebagai alternatif selamat kepada produk berasaskan bahan kimia seperti DEET. Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 3), inovasi ini bertujuan menghasilkan produk mesra alam yang tidak memudaratkan kesihatan manusia. Metodologi kajian melibatkan soal selidik dan temu bual berstruktur terhadap 15 responden untuk menilai keberkesanan produk serta tahap kesedaran awam. Hasil kajian menunjukkan bahawa EcoHoS Spray sangat berkesan dan berjaya meningkatkan kesedaran komuniti tentang bahaya bahan kimia. Produk ini dihasilkan menggunakan bahan ringkas seperti bawang putih, minyak esensial, dan cuka. Kesimpulannya, EcoHoS Spray terbukti sebagai penyelesaian lestari yang menyokong gaya hidup sihat dan pemuliharaan alam sekitar.