AHZA AQIL BIN FARZIER SK TIMBUA RANAU
Draco Ecolips merupakan satu inovasi pelembab bibir semula jadi yang berasaskan buah naga, dibangunkan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab. Projek ini bertujuan menangani kebimbangan terhadap penggunaan balsem bibir murah dalam kalangan murid yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Melalui kaedah analisis dokumen dan soal selidik, didapati ramai murid kurang menyedari risiko kesihatan produk komersial tersebut. Proses penghasilan melibatkan bahan organik seperti lilin lebah, minyak kelapa, dan vitamin E yang dicampur dengan ekstrak buah naga. Hasil kajian menunjukkan bahawa Draco Ecolips bukan sahaja selamat dan mesra alam, malah berjaya meningkatkan kesedaran murid tentang gaya hidup hijau dan alternatif produk yang lebih sihat.