YIN1066: ROSTRUM PARAMETRIK

MUHAMMAD AMIR IZZUDDIN BIN SALMAN KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT

Projek ini memfokuskan pembangunan rostrum parametrik bagi mengatasi kekurangan kemudahan rostrum dalam pelbagai majlis rasmi yang berlangsung serentak di lokasi berbeza. Reka bentuk berkonsep parametrik dipilih bagi menghasilkan struktur moden, estetik dan berfungsi. Proses penghasilan melibatkan penggunaan teknologi Computer-Aided Design (CAD) serta pemesinan Computer Numerical Control (CNC) bagi memastikan ketepatan, konsistensi dan kecekapan pembuatan. Aplikasi teknologi ini turut memperkenalkan kaedah pembuatan moden dalam industri berasaskan kayu. Hasilnya, rostrum yang dibangunkan mempunyai kestabilan tinggi, reka bentuk menarik serta sesuai digunakan dalam pelbagai majlis rasmi. Inovasi ini berpotensi sebagai solusi praktikal dan efisien dalam memenuhi keperluan kemudahan institusi.