KVN704: BacaXplore

ENCIK SYAZWAN BIN MOHD SANOSI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

Projek inovasi ini bertajuk “BacaXplore” yang berasaskan konsep pengembaraan interaktif seperti explorer. Projek ini bertujuan membantu murid Tahun 5 menguasai kemahiran membaca dan memahami maklumat tersurat serta tersirat. Masalah yang dikenal pasti ialah murid sukar membezakan maklumat tersurat dan tersirat serta kurang minat terhadap aktiviti membaca. Projek ini menggunakan jalan cerita berbentuk misi di mana murid perlu menyelesaikan beberapa cabaran di setiap lokasi dengan mengenal pasti maklumat tersurat dan membuat inferens terhadap maklumat tersirat. Inovasi ini berfungsi melalui aktiviti interaktif, soal jawab, dan penggunaan bahan visual yang menarik. Impaknya, murid dapat meningkatkan kefahaman membaca, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta lebih aktif dan bermotivasi dalam pembelajaran.