YIN848: OXIDE OFF

ADELEA SAFIYA BINTI FAZRUL-AMIZA SMK DATO' AHMAD MAHER

Oxide-off merupakan agen pembersih inovatif yang direka khas untuk menanggalkan karat pada permukaan logam dengan cara yang lebih selamat dan mesra alam. Produk ini menggunakan formulasi biodegradasi tanpa bahan kimia keras seperti asid kuat atau pelarut toksik. Melalui gabungan bahan organik dan teknologi penyingkiran karat yang efisien, Oxide-off mampu menembusi serta melarutkan lapisan karat tanpa merosakkan struktur asal logam. Masalah karat pada besi bukan sahaja melemahkan struktur logam, malah boleh membahayakan kesihatan seperti risiko jangkitan tetanus. Kaedah penyediaan melibatkan campuran jus limau, baking soda, cuka putih, garam, dan air yang digaul sehingga sebati sebelum digunakan dalam botol semburan. Hasil kajian menunjukkan bahawa gabungan bahan ini berkesan meningkatkan keasidan dan tindak balas kimia untuk menghakis karat. Secara keseluruhannya, Oxide-off bukan sahaja berkesan menanggalkan karat dengan cepat, tetapi juga membantu memanjangkan jangka hayat peralatan serta mengurangkan kos penyelenggaraan.

 

KEYWORD: Oxide-off, penyingkiran karat, pembersih mesra alam