KVN795: GEL PEELING SOLUTION (CARICA PAPAYA)

HAWA HUSNA BINTI SUHAIMI KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

Masalah pengumpulan sel kulit mati menyebabkan kulit kusam, berminyak, tona tidak sekata serta meningkatkan risiko jerawat. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan Gel Peeling Solution berasaskan ekstrak buah betik (Carica papaya) yang mengandungi enzim papain bagi menanggalkan sel kulit mati secara lembut dan selamat. Kajian dilaksanakan di Kolej Vokasional Tanah Merah menggunakan kaedah soal selidik terhadap 30 orang responden. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa produk ini selamat digunakan, tidak menyebabkan iritasi dan berkesan dalam menanggalkan sel kulit mati. Selain itu, kulit didapati menjadi lebih cerah, halus, bersih dan licin selepas penggunaan. Kesimpulannya, Gel Peeling Solution berasaskan ekstrak buah betik berpotensi tinggi sebagai produk penjagaan kulit semula jadi yang efektif serta sesuai untuk dikomersialkan.