YIN1209: SCIENCE MARBLE WAY

ASRUL ASRAF BIN NASARUDIN SMK KUALA KRAU

Type Your Abstrac

Kajian ini memperkenalkan inovasi pengajaran dan pembelajaran berasaskan permainan yang dikenali sebagai Science Marble Way, iaitu adaptasi daripada permainan arkib marble run yang diubah suai untuk meningkatkan penguasaan murid dalam topik Gerak Balas Tumbuhan. Inovasi ini menggabungkan elemen fizikal laluan bola pingpong dengan strategi penyoalan beraras, di mana murid perlu membaling bola ke dalam laluan yang mempunyai pelbagai halangan sebelum bola tersebut jatuh ke dalam bekas yang mewakili aras soalan mudah, sederhana atau tinggi. Murid kemudiannya dikehendaki menjawab soalan berdasarkan aras yang diperoleh secara rawak. Pendekatan ini bertujuan meningkatkan penglibatan aktif murid, merangsang kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), serta menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna. Pelaksanaan aktiviti ini juga mengintegrasikan elemen STEM melalui pembinaan laluan dan pemerhatian pergerakan bola. Dapatan awal menunjukkan bahawa penggunaan Science Marble Way berjaya meningkatkan minat, motivasi serta kefahaman murid terhadap konsep gerak balas tumbuhan. Oleh itu, inovasi ini berpotensi dijadikan sebagai satu alternatif PdP yang kreatif dan efektif dalam bilik darjah