Nurul 'Aaisyah Sofeeiyah Bt Shahbudin SK ST BERNADETTE'S CONVENT
Inovasi Jawi-Track: Hero Jawi Pintar dibangunkan untuk mengatasi masalah murid yang gagal mengenal pasti huruf sombong dan keliru dalam mengaplikasikan hukum penyambungan huruf Jawi. Projek ini menampilkan pendekatan hibrid yang menggabungkan papan permainan fizikal bertemakan misi kembara dengan penggunaan kepingan jigsaw puzzle untuk aktiviti mengeja secara manipulatif. Keunikan inovasi ini terletak pada integrasi elemen digital melalui tiga kod QR yang menyediakan akses kepada buku jawapan, kuiz interaktif, dan lagu didik hibur huruf sombong bagi mengukuhkan kefahaman murid. Elemen gamifikasi diperkasakan lagi melalui penggunaan kad cabaran dan denda yang mewajibkan pemain menyelesaikan misi digital atau lisan, sekali gus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kompetitif dan menyeronokkan. Secara keseluruhan, Jawi-Track bukan sahaja meningkatkan penguasaan Jawi murid secara efektif dan kos rendah, malah menyokong kepelbagaian kaedah pengajaran selari dengan kriteria i3dc.