NUR NAJWA BINTI MOHD ADNAN KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH
Bengkel kimpalan merupakan persekitaran kerja yang kerap melibatkan pemindahan paip berat sebagai sebahagian daripada proses kerja. Bagi mengurangkan beban fizikal pelajar dan meningkatkan keselamatan serta kecekapan, satu inovasi telah dihasilkan iaitu Troli Mengangkat Paip Mudah Alih. Produk ini direka khas di Bengkel Teknologi Kimpalan, Kolej Vokasional Temerloh, bagi memudahkan pengalihan paip dari satu tempat ke tempat lain, terutamanya ke tempat pemotongan. Inovasi ini menyasarkan kepada pengurangan risiko kecederaan akibat pengangkatan manual serta mempercepatkan proses pemindahan paip. Kajian pelaksanaan melibatkan 18 orang pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Teknologi Kimpalan sesi 2022/2023, yang secara aktif menggunakan troli ini semasa aktiviti bengkel. Hasil kajian mendapati penggunaan troli memberikan impak positif terhadap keselamatan kerja, menjimatkan masa dan tenaga serta membolehkan pelajar memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran yang lebih kompleks. Potensi pasaran bagi produk ini juga dilihat cerah, seiring dengan peningkatan kesedaran terhadap keselamatan kerja serta keperluan dalam sektor pembinaan dan pendidikan TVET. Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja berkesan dari segi fungsi, malah menyumbang kepada produktiviti dan keberkesanan proses pembelajaran.