HERMALINI BINTI MOHD HASSAN KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
Berikut adalah salinan semula teks abstrak dari gambar tersebut:
ABSTRAK
Kajian ini membentangkan pembangunan dan pelaksanaan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang inovatif menggunakan aplikasi cloud-computing iaitu Google Sheets yang diintegrasikan bersama platform Linktree. Masalah pengurusan kehadiran secara manual sering kali membebankan pensyarah kelas dengan pengiraan statistik yang rumit dan risiko keciciran data. Inovasi ini memperkenalkan templat kehadiran digital automatik penuh yang merangkumi data pelajar, rekod kehadiran bulanan (Januari hingga Disember), dan analisis kehadiran masa nyata. Kaedah akses dipermudahkan melalui imbasan Kod QR yang menghubungkan pengguna ke laman Linktree untuk pemilihan kelas. Dapatan menunjukkan sistem ini berjaya mengurangkan masa pengurusan rekod, menghapuskan ralat pengiraan manusia melalui penggunaan rumus automatik, dan memudahkan pemantauan kehadiran pelajar secara sistematik. Para guru juga dapat melihat rekod pelajar yang perlu diberikan surat amaran dengan lebih mudah, pengiraan rekod adalah auto generated kerana rumus pengiraan peratusan kehadiran sudah ditetapkan. Inovasi ini diharap dapat memudahkan urusan pengurusan kehadiran pelajar dan mengurangkan beban tugas guru.