MUHAMMAD FIRDAUS BIN MUHAMAD FAWDIL KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Projek Smart BMI Checker berasaskan mikropengawal ESP32 dibangunkan untuk mengukur tinggi, berat dan mengira BMI pengguna secara automatik, pantas dan tepat. Sistem ini menggantikan kaedah manual yang berisiko berlaku kesilapan dan kehilangan rekod. Ia menggunakan sensor ultrasonik untuk mengukur tinggi, load cell dengan modul HX711 bagi mengukur berat, manakala data diproses dan dipaparkan pada LCD 20x4. Teknologi IoT membolehkan data dihantar ke Google Sheets melalui Wi-Fi untuk penyimpanan digital. Ujian menunjukkan sistem berfungsi dengan baik, bacaan konsisten dan data direkod tanpa ralat. Projek ini meningkatkan kecekapan, ketepatan serta pengurusan rekod kesihatan pengguna.