MUHAMMAD ADAM DANISH IMAN BIN AZRI SMK AGAMA KERIAN
Dalam persekitaran sekolah, terdapat pelajar yang mengalami tekanan emosi seperti kebimbangan melampau, serangan panik (panic attack), tekanan akademik serta konflik sosial. Situasi ini boleh menyebabkan pelajar hilang kawalan emosi seperti berdebar-debar, sukar bernafas, menangis atau menjadi terlalu takut.
Rakan Pembimbing Sebaya (PRS) merupakan antara individu terawal yang sering didekati oleh pelajar apabila menghadapi masalah emosi. Namun begitu, PRS memerlukan satu alat sokongan yang mudah, praktikal dan segera bagi membantu menenangkan pelajar sebelum dirujuk kepada guru kaunseling.
Sehubungan itu, EMO-AID BOX dibangunkan sebagai satu inovasi kaunseling yang berfungsi sebagai alat pertolongan emosi awal (emotional first aid). Kit ini mengandungi beberapa alat dan kad intervensi ringkas yang boleh membantu pelajar mengawal emosi, menenangkan diri serta mengurangkan simptom panik dalam tempoh yang singkat.