MOHAMAD FAHREEZ DANISH BIN MOHD FAIRUS KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Projek ini membangunkan Sistem Suis Pintar berasaskan Internet of Things (IoT) dengan penggunaan sensor Passive Infrared (PIR) di bengkel elektronik. Tujuannya adalah untuk mengawal lampu secara automatik bagi mengurangkan pembaziran tenaga dan meningkatkan kecekapan tenaga. Sistem menggunakan ESP32 sebagai mikropengawal untuk memproses isyarat PIR dan mengawal lampu melalui modul relay. Selain itu, Smart Energy Meter digunakan untuk memantau penggunaan tenaga secara masa nyata melalui aplikasi Blynk dan Tuya. Hasil pengujian menunjukkan sistem berfungsi dengan baik, stabil, dan berupaya menyokong penggunaan tenaga yang lebih cekap serta lestari dalam persekitaran kecil seperti bengkel atau pejabat.