YIN1391: SMART CUTTING TOOL HOLDER

MUHAMMAD HADIF BIN MOHD HUDA HAFIZ KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

Projek ini dijalankan bagi membangunkan dan menilai keberkesanan penggunaan Smart Tool Holder pada mesin larik konvensional dalam meningkatkan kecekapan kerja pemesinan. Pemegang mata alat konvensional sering menghadapi masalah dari segi kestabilan, ketepatan kedudukan mata alat serta mengambil masa yang lama untuk proses pelarasan dan penukaran alat. Keadaan ini boleh menyebabkan pembaziran masa operasi, kehausan mata alat yang lebih cepat serta menjejaskan kualiti permukaan hasil pemesinan. Oleh itu, Smart Tool Holder direka bentuk sebagai satu inovasi mekanikal yang lebih praktikal, ergonomik dan mudah dikendalikan tanpa melibatkan penggunaan sensor atau sistem elektronik yang kompleks.