JIN206: SeedRa

MUHAMMAD ARIFF MIKAIL BIN AMIRRUDDIN SEKOLAH KEBANGSAAN PAYANG

Kajian ini memperkenalkan inovasi SeedRa (Seed Era), iaitu pensel mesra alam yang direka daripada bahan terbiodegrasi dan mengandungi bijih benih lada pada bahagian hujungnya. Inovasi ini dihasilkan oleh murid Sekolah Kebangsaan Payang, Lahad Datu, khususnya dari kelas 4 Bijak, sebagai usaha mengurangkan pencemaran sisa pepejal serta memupuk kesedaran kelestarian alam sekitar dalam kalangan pengguna. Isu utama yang diketengahkan ialah peningkatan penggunaan alat tulis konvensional yang menyumbang kepada lambakan sisa tidak terbiodegrasi. Bagi menangani masalah ini, pensel SeedRa dihasilkan menggunakan bahan semula jadi seperti kayu dan komponen biodegradasi, serta diintegrasikan dengan benih lada yang boleh ditanam selepas penggunaan. Kaedah pelaksanaan melibatkan reka bentuk produk, pengujian kebolehtanaman, dan pemerhatian terhadap kadar percambahan benih. Dapatan awal menunjukkan bahawa benih lada mampu bercambah dengan baik apabila ditanam dalam keadaan yang sesuai. Kesimpulannya, SeedRa bukan sahaja berfungsi sebagai alat tulis, malah menyumbang kepada penghijauan alam dan pendidikan alam sekitar secara praktikal.

 Kata kunci: SeedRa, bahan terbiodegrasi, inovasi hijau, benih lada, kelestarian alam sekitar