JIN667: E-ScPocket 1.0

NUR 'IZZ KYRA BINTI MOHAMAD AZMIE SK KUALA PEGANG

Inovasi e-Sc Pocket: Transformasi Nota Poket ke Arah Pembelajaran Pintar dibangunkan bagi menangani isu kelemahan penguasaan fakta Sains dalam kalangan murid Tahun 4. Masalah nota yang panjang, kurang menarik dan ulang kaji tidak konsisten telah menjejaskan pencapaian akademik murid. Justeru, e-Sc Pocket diperkenalkan sebagai nota bersaiz poket yang ringkas, mudah diakses dan menyokong pembelajaran kendiri secara microlearning. Inovasi ini mengintegrasikan teknologi IR4.0 seperti ChatGPT, Gemini dan NotebookLM bagi menjana serta menyusun kandungan secara sistematik. Pelaksanaan konsisten menunjukkan peningkatan signifikan, apabila murid cemerlang meningkat daripada 3 kepada 19 orang, manakala murid lemah berkurang daripada 13 kepada 2 orang.