JIN1184: PEMANFAATAN TEKNOLOGI AI DAN AR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SIRAH PENURUNAN WAHYU PERTAMA MURID TAHUN 6

MUHAMMAD IRFAN BIN MOHAMAD AMINUDDIN SK KUALA PEGANG

Inovasi berteraskan kecerdasan buatan (AI) ini dibangunkan untuk menangani kesukaran murid Tahun 6 mengingat dan memahami fakta sirah berkaitan Perang Badar Qubra dalam Pendidikan Islam akibat pendekatan tradisional berasaskan teks dan hafalan. Inovasi ini bertujuan meningkatkan daya ingatan, kefahaman dan minat melalui penggunaan teknologi interaktif dan visual. Platform edu.assemblrworld.com yang mengintegrasikan AI dan realiti terimbuh (AR) digunakan bagi membangunkan bahan digital berunsurkan visual 3D, audio, penceritaan interaktif dan penerokaan kendiri. Pelaksanaan dijalankan dalam PdP menggunakan peranti digital, manakala penilaian melalui pemerhatian, kuiz dan tugasan. Dapatan menunjukkan peningkatan penguasaan fakta, penglibatan aktif serta penghayatan nilai sirah dalam kalangan murid