Nazrah Syuhaida Binti Mohd Khairillah Kolej Vokasional Pasir Mas
Campus Management System (e-campus) merupakan sistem berasaskan web yang dibangunkan bagi memudahkan pengurusan data dan operasi harian asrama secara lebih sistematik dan efisien. Sistem ini dibangunkan bertujuan mengatasi masalah pengurusan manual seperti rekod pelajar yang tidak teratur, kesukaran mengesan kehadiran, pengurusan keluar masuk pelajar asrama, serta penyimpanan maklumat disiplin. Sistem ini menggunakan pendekatan Model Air Terjun (Waterfall) yang melibatkan fasa analisis keperluan, reka bentuk, pembangunan, pengujian dan penyelenggaraan. Antara ciri utama sistem ialah kehadiran pelajar, laporan disiplin, dan laporan warden. Sistem ini membolehkan warden, pelajar dan pihak pentadbir kolej mengakses maklumat secara lebih pantas, menjana laporan, serta meningkatkan ketepatan dan keselamatan data melalui pangkalan data berpusat. Pembangunan sistem ini menggunakan perisian Visual Studio Code. Kesimpulannya, hasil pembangunan sistem ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan asrama, mengurangkan kesilapan rekod, serta menyokong transformasi digital dalam institusi pendidikan.