JIN665: SIFIR MASTER DIGITAL V3.0

NURUL NABIHAH BINTI MOHAMAD RIDUAN SK KUALA PEGANG

Inovasi Sifir Master Digital v2.0 merupakan pendekatan baharu dalam membantu murid menguasai sifir melalui integrasi teknologi dan permainan. Kaedah ini menggabungkan BINGO bercetak, aplikasi Spin The Wheel, Math Trick Workout, Genially Math Quiz serta Scratch and Win Card bagi meningkatkan penguasaan mereka. Kajian kuantitatif dan pemerhatian ini telah melibatkan seramai 20 murid Tahun 6 untuk menilai kesan inovasi terhadap motivasi serta pencapaian. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan yang amat ketara dalam motivasi dan juga pencapaian murid selepas penggunaan. Keputusan ini jelas membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi dan permainan interaktif amat berkesan dalam meningkatkan penguasaan sifir serta mengukuhkan minat terhadap matematik.