KVN97: MESIN PENAPIS PASIR AUTOMATIK MUDAH ALIH

MUHAMMAD NUR ADIFF ASWAD BIN SHAIFUL IZAM KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 9 times | LS: 9.0
Like it? | Support them now!

Penghasilan mesin penapis pasir automatik mudah alih ini bertujuan untuk melakukan kerja pengasingan pasir bagi kegunaan di bengkel pembinaan. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar Program Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin adalah kaedah penapisan manual yang memenatkan, memakan masa yang lama, serta kekangan ruang penyimpanan alatan. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah mesin yang dapat mempercepatkan proses pengasingan pasir, mengurangkan beban tenaga fizikal pelajar, serta mempunyai reka bentuk yang mudah alih dan mudah disimpan. Kajian ini menggunakan dua kaedah penilaian utama iaitu ujian produk secara teknikal dan edaran borang soal selidik secara rawak kepada 41 orang responden yang terdiri daripada pelajar Teknologi Pembinaan. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan kaedah peratusan dan pengiraan min untuk menentukan tahap keberkesanan produk. Hasil data analisis menunjukkan responden sangat setuju terhadap pembangunan alat ini kerana ia bersifat mudah alih, menjimatkan ruang bengkel, serta meningkatkan kualiti hasil kerja amali pelajar. Kesimpulannya, projek "Penghasilan Mesin Penapis Pasir Automatik Mudah Alih" ini terbukti berjaya memenuhi objektif yang telah dikemukakan dan sangat bersesuaian untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul di bengkel pembinaan. Inovasi ini diharapkan dapat memberi manfaat jangka panjang dan menarik minat generasi akan datang dalam bidang teknologi pembinaan. Akhir sekali, semasa kami mereka cipta projek ini, kami dapat membentuk sikap kerjasama di antara ahli kumpulan, mengorbankan masa kami serta tidak menghiraukan penat lelah untuk menyiapkan projek ini dan sikap bertoleransi di antara ahli kumpulan, rakan sekelas, pensyarah penyelia dan penuntut-penuntut yang lain. Semoga projek ini dapat memberikan manfaat kepada generasi yang akan datang serta menarik minat dan semangat untuk berada dalam Program Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin.