NURUL JANNAH BINTI OMAR KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT
Sistem Pengurusan Inventori Mesin (Inventory Management System, IMS) dibangunkan bagi Bengkel Teknologi Reka Bentuk Produk Berasaskan Kayu sebagai platform digital untuk menggantikan kaedah pengurusan inventori secara manual yang masih diamalkan. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kecekapan, ketepatan serta sistematik dalam pengurusan aset bengkel.
Pembangunan sistem ini melibatkan analisis keperluan pengguna, reka bentuk antaramuka serta proses pengaturcaraan bagi menghasilkan aplikasi web responsif yang boleh diakses melalui komputer dan peranti mudah alih. Sistem ini menyediakan fungsi utama seperti pendaftaran aset baharu, kemas kini status mesin, rekod penyelenggaraan dan penjanaan laporan inventori secara automatik.
Secara keseluruhannya, IMS berpotensi meningkatkan kecekapan pengurusan inventori, menjimatkan masa serta menyediakan data aset yang lebih tepat dan sistematik. Inovasi ini turut menyokong kelancaran operasi bengkel serta memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran melalui pengurusan sumber yang lebih efisien.