KVN1032: Kotak Penghijrahan Vermikompos Pintar Berasaskan IoT

MUHAMAD AIMAN BIN ISMAIL POLITEKNIK JELI KELANTAN

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.1000 | 1 Likes | 10 Views | 3 times | LS: 4.1
Like it? | Support them now!

Projek ini membangunkan sistem vermikompos berasaskan IoT dengan mikropengawal ESP32 untuk memantau suhu dan kelembapan tanah secara automatik menggunakan sensor DS18B20 dan sensor kelembapan. Data masa nyata dihantar ke Google Sheets melalui WiFi untuk analisis mudah alih. Sistem auto hidupkan pam bila kelembapan di bawah 65% dan mati bila capai 75%, dengan kawalan jauh melalui app Blynk. Butang berhenti kecemasan ada di kotak IoT untuk gangguan teknikal. Ciri pengasingan cacing automatik pindahkan cacing dari Bahagian A ke B apabila vermikompos siap, kurangkan kerja manual. Inisiatif ini tingkatkan kecekapan pertanian pintar mampan di Malaysia untuk perladangan organik skala kecil.