KVN1161: SMARTPURGE-JIG: Inovasi Sistem Purging Gas Berkecekapan Tinggi Untuk Kimpalan GTAW Keluli Tahan Karat

Syed Mohammad Saiful Bin Syed Tajur Azinan Kolej Vokasional Slim River

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 8 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

SMARTPURGE-JIG ialah inovasi sistem purging gas berkecekapan tinggi yang dibangunkan untuk mengatasi ketidakstabilan jig, pembaziran gas argon dan kecacatan akar kimpalan dalam proses kimpalan GTAW keluli tahan karat. Reka bentuknya yang kompak, stabil dan mesra pengguna membolehkan aliran gas diagihkan secara lebih sekata, sekali gus meningkatkan kualiti sambungan kimpalan dan mengurangkan risiko pengoksidaan. Pembangunan produk melibatkan reka bentuk Autodesk Inventor, fabrikasi kaedah MIG dan brazing, serta pengujian VT dan DPT. Hasil projek membuktikan pengurangan kecacatan, penjimatan gas, peningkatan konsistensi hasil kerja serta potensi aplikasi sebenar dalam pendidikan TVET dan industri fabrikasi logam yang luas dan berimpak tinggi kepada pengguna profesional.