YIN1366: Rindoria Touch Bag

DANISH AHZA BIN MOHD FAZURIN KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

Kulit durian dan hampas kopi biasanya akan dibuang selepas ulas durian dimakan. Lambakan kulit durian dan sisa harian menjadi sampah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Lambakan kulit durian terbabit bukan sahaja mencemar kebersihan malah turut mengganggu pemandangan kerana kebanyakan lokasi perniagaan adalah di bahu jalan raya. Malaysia bakal berhadapan risiko lambakan sisa domestik berpunca daripada kelemahan sistem pengurusan sehingga menyebabkan kira-kira 38,000 tan sampah sehari tidak dapat ditangani dengan baik terutama di kawasan perbandaran. Selain itu, punca lambakan kulit durian yang sehingga berlakunya pencemaran alam sekitar dan pembiakan nyamuk yang punca penyebaran penyakit. Penghasilan produk inovasi  adalah cara yang ideal untuk mengurangkan sisa berlebihan serta dapat mengurangkan penggunaan plastik ini dan cara ini juga boleh menjimatkan wang dalam jangka panjang. Inovasi ini juga secara tidak langsung dapat memupuk era kesedaran tentang kelestarian alam sekitar dan pilihan terbaik untuk kehidupan mapan yang memberi manfaat kepada individu dan alam sekitar. Rindoria Touch merujuk kepada sentuhan inovatif dalam mentransformasikan kulit durian sebagai bahan semula jadi kepada produk lestari yang bernilai komersial dan mesra alam. Salah satu kelebihan utama beg Rindoria Touch ialah ia diperbuat daripada sumber yang boleh diperbaharui ialah kulit durian dan hampas kopi. Selain itu, beg Rindoria Touch boleh terbiodegradasi, bermakna ia secara semula jadi boleh terurai dari semasa ke semasa dan tidak seperti beg plastik yang boleh bertahan di alam sekitar selama beratus-ratus tahun. Kebolehbiodegradan ini dengan ketara mengurangkan kesan jangka panjang ke atas tapak pelupusan sampah dan ekosistem. Inovasi alam. Inovasi beg Rindoria Touch sangat boleh dikitar semula, menjadikannya aset berharga dalam aliran kitar semula. Inovasi produk ini juga dihasilkan dengan rupa bentuk, warna dan saiz yang cantik, menarik dan terkini. Produk alam. Rindoria Touch  adalah serba boleh dan boleh digunakan semula dalam pelbagai cara. Pengguna boleh berfungsi sebagai beg membeli-belah, beg hadiah atau penyelesaian penyimpanan untuk pelbagai item. Kandungan serat dalam kulit durian adalah sangat tinggi, menjadikannya bahan yang sesuai untuk pembuatan kertas. Kulit durian mengandungi jumlah serat selulosa sekitar 30% hingga 50% daripada berat kering kulit durian terdiri daripada selulosa, iaitu komponen utama yang diperlukan untuk kekuatan dan struktur beg kertas. Bagi kandungan Hemicellulosa pula terdapat kira-kira 15% hingga 25%, berfungsi membantu mengikat serat bersama-sama. Inovasi menghasilkan bag kertas daripada kulit durian dan hampas kopi memang menarik kerana ia menggabungkan pengurusan sisa dan penggunaan produk mesra alam. Inovasi ini menukar “sampah” kepada produk bernilai kerana sisa kulit durian dan hampas kopi biasanya dibuang begitu sahaja. Serat daripada kulit durian boleh meningkatkan kekuatan bag kertas manakala hampas kopi boleh menambah tekstur dan ketahanan. Campuran bersama hampas kopi juga adalah amat praktikal kerana ia memberikan aroma yang menenangkan disamping penggunaan hampas kopi yang tersisa dapat dimanfaatkan dengan lebih baik. Bau dan tekstur hampas kopi membantu bagi menghalau semut, siput dan lipas sekaligus menjaga kualiti barang yang disimpan dalam Rindoria Touch bag tersebut. Hampas kopi juga berfungsi menyerap bau yang kurang menyenangkan. Penghasilan inovasi Rindoria Touch bag ini juga lebih tahan lasak kerana kulit durian mengandungi kandungan lignin kira-kira 20% hingga 30%, yang memberikan ketahanan pada bahan tetapi biasanya dikurangkan dalam proses pembuatan kertas untuk menghasilkan produk yang lebih putih dan tahan lama.