YIN104: SMART BIN

IKLIL RAYYAN MIKHAEL BIN EZNIL ANAZ SMK SUNGAI LAYAR

Smart Bin merupakan satu projek inovasi penghasilan tong sampah mesra pengguna yang berasaskan teknologi bertujuan meningkatkan tahap kebersihan dan pengurusan sisa pepejal di persekitaran sekolah. Projek ini menggunakan elemen pengaturcaraan Arduino, sensor ultrasonik dan servo motor bagi membolehkan penutup tong sampah dibuka dan ditutup secara automatik tanpa sentuhan. Inovasi ini dapat mengurangkan risiko penyebaran kuman serta menggalakkan amalan kebersihan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid. Selain itu, Smart Bin turut berfungsi sebagai bahan pembelajaran berasaskan projek yang mengintegrasikan elemen STEM dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah pembentukan generasi celik teknologi dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.