JIN1259: I-JaSuKa

MUHAMMAD HAZIM ZAHIN BIN MOHD KHAIRUL HAZUAN SK KAMPUNG TUN RAZAK

i-JaSuKa (Inovasi Jawi Suku Kata) ialah pendekatan PdPc yang membantu murid menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi secara sistematik dan berkesan. Inovasi ini memfokuskan kelemahan murid dalam mengeja, mengenal hukum ejaan dan menggabungkan suku kata Jawi. Pendekatan ini berasaskan lima langkah mudah: Pisah, Semak, Hukum, Padan dan Sambung. Murid memisahkan suku kata, menyemak ejaan Rumi, memahami hukum Jawi, memadankan huruf dan menggabungkannya menjadi perkataan lengkap. Penggunaan kad berwarna yang interaktif meningkatkan minat dan penglibatan murid. Dapatan menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan kemahiran Jawi serta keyakinan murid semasa pembelajaran.