JIN1200: APLIKASI ANDROID - FOKUS_X

TASNIM BINTI MOHD NAZRUL FARIS SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2

Dalam era teknologi masa kini, ramai individu masih menghadapi kesukaran untuk
mengurus masa dan kehidupan seharian secara teratur. Masalah seperti penangguhan
tugasan, kegagalan menetapkan matlamat yang jelas, dan kekurangan sistem sokongan
perancangan peribadi sering menjadi penghalang kepada produktiviti dan disiplin diri.
Berdasarkan masalah ini, aplikasi FokusX dibangunkan, iaitu sebuah aplikasi perancang
hidup yang dibina menggunakan platform MIT App Inventor. Aplikasi ini direka untuk
membantu pengguna mengurus tugasan harian, menetapkan matlamat, dan merancang
aktiviti hidup secara sistematik dan efisien. FokusX menyediakan lima skrin fungsi utama
iaitu Menu Utama, List To-Do, My Goal, My Diary dan My Shopping List yang berfungsi
sebagai alat pengurusan peribadi dalam satu aplikasi. Antara muka yang ringkas dan
mesra pengguna membolehkan ia digunakan dengan mudah oleh pelbagai golongan. .
Secara keseluruhannya, FokusX bertujuan untuk menyokong pembentukan gaya hidup
yang lebih produktif, teratur dan berdisiplin melalui penggunaan teknologi mudah alih.