KVN858: MENAIKTARAF “TRITROLI” MENGIKUT PIAWAIAN SIRIM (MS1558) UNTUK KEGUNAAN PELAJAR PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN KOLEJ VOKASIONAL KANGAR

Muhammad Adam Harith Bin Muhamad Shukur Kolej Vokasional Kangar

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.3333 | 5 Likes | 15 Views | 8 times | LS: 14.7
Like it? | Support them now!

Projek ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Troli Tiga Roda Berputar
(Tritroli) bagi memudahkan proses pemindahan bahan binaan dari stor utama ke bengkel
pembinaan di Kolej Vokasional Kangar. Masalah kelewatan pengagihan bahan, risiko
kecederaan akibat pengendalian manual serta kerosakan bahan binaan telah dikenal pasti
sebagai isu utama. Bagi mengatasi masalah ini, satu troli dengan sistem tiga roda berputar
direka untuk meningkatkan kestabilan, keselamatan dan kecekapan pergerakan terutama di
permukaan tidak rata dan tangga. Metodologi projek merangkumi pemerhatian, reka bentuk,
pemilihan bahan, proses pembinaan serta pengujian mekanikal. Ujian tegangan dijalankan
menggunakan Universal Testing Machine berpandukan piawaian ASTM International melalui
standard ASTM E8/E8M bagi menentukan kekuatan bahan keluli lembut yang digunakan.
Keputusan ujian menunjukkan bahan mampu menahan daya maksimum sehingga 17.901 kN
dengan kekuatan tegangan sekitar 306 N/mm² serta pemanjangan kira-kira 8%, membuktikan
bahan mempunyai kekuatan dan kemuluran yang mencukupi. Secara keseluruhannya, Tritroli
berjaya mencapai objektif projek dan berpotensi meningkatkan kecekapan, keselamatan serta
keberkesanan pembelajaran amali di kolej