JIN670: I-Rukun Kit

APHICHART A/L TAWEN SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK

Type Yo

Model berunsur kotak televisyen adalah untuk membantu murid mengingat berkaitan kaedah pembelajaran menarik  Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Prinsip Rukun Negara . Kumpalan inovasi ini dikehendaki menghasilkan kotak televisyen yang dikenali sebagai i-Rukun Kit yang merupakan gabungan penggunaan bahan-bahan binaan rumah daripada kotak. Kotak ini dicipta bagi proses pendedahan kepada setiap murid berkaitan isi pembelajaran di dalam tajuk tersebut. Sekiranya murid dapat mengingat kesemua isi pembelajaran tersebut maka mereka dapat mengingat fakta tersebut dengan baik. Kefungsian i-Rukun Kit ini mampu memastikan murid dapat mengingat sesuatu fakta itu berdasarkan grafik dan pengcahayaan. Proses penghasilan rekacipta ini  dapat menonjolkan kemahiran murid secara kreatif dan inovatif dalam merealisasikan pembelajaran sebenar di luar bilik darjah dan menghasilkan projek laman kotak mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

 Kumpulan ini telah mendapati mereka seringkali terlupa mengenai fakta moral yang diajar di dalam kelas selepas selesai sesi pengajaran dijalankan. Oleh itu, i-Rukun Kit yang merangkumi pembelajaran murid secara visual telah dihasilkan. Tajuk Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Prinsip Rukun Negara  merupakan satu tajuk dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Moral tahun 6. Dalam topik ini murid menghadapi masalah untuk  mengingat fakta moral dan tidak dapat menceritakan semula apa yang telah dipelajari. Apabila menggunakan i-Rukun Kit  ini murid dapat belajar dengan lebih menarik dan mengingati fakta berdasarkan visual yang telah ditunjukkan di dalam kotak tersebut.. Di samping itu murid akan mempelajari setiap topik dengan lebih seronok kerana terdapat pembelajaran secara alam nyata. Kaedah pengajaran ini dilakukan melalui aktiviti pembelajaran di dalam kelas Pendidikan Moral dengan menggunakan kotak secara individu atau berkumpulan. Oleh yang demikian, Inovasi ini dapat mengeluarkan satu kaedah pembelajaran berdasarkan visual dalam mempelajari subjek Pendidikan Moral .