YIN108: ECOLAYER BOX MINI

NUR SYIFA ULYA BINTI MOHD FERDAUS SMK SUNGAI LAYAR

Projek inovasi Eco Layer Box Mini merupakan bahan pembelajaran berasaskan Project-Based Learning (PBL) yang dibangunkan untuk subjek Sains Tingkatan 2 Bab Ekosistem dengan mengintegrasikan elemen STEM. Inovasi ini menggunakan pendekatan kejuruteraan dalam pembinaan model berlapis bagi mewakili komponen biotik dan abiotik ekosistem, serta aplikasi sains melalui pemerhatian interaksi organisma dan persekitaran. Elemen teknologi diterapkan melalui penggunaan bahan telus dan reka bentuk sistematik, manakala elemen matematik diaplikasikan dalam pengukuran, susunan lapisan dan perkadaran model. Projek ini meningkatkan kefahaman konsep ekosistem, kemahiran berfikir aras tinggi dan pembelajaran secara aktif dalam kalangan pelajar.