MUHAMMAD FAIZ BIN MAT FIKRI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Sistem paparan mesej digital menggunakan panel LED P4 bagi menyampaikan maklumat secara moden, cepat dan berkesan. Sistem ini menggantikan kaedah manual seperti kertas dan papan notis yang kurang praktikal. Dengan penggunaan mikropengawal ESP32, mesej dapat dipaparkan dengan jelas dan mudah dilihat. Selain itu, maklumat boleh dikemas kini secara automatik melalui aplikasi Blynk tanpa perlu mencetak semula. Panel LED P4 menawarkan paparan terang dan sesuai untuk pelbagai persekitaran seperti sekolah dan pejabat. Secara keseluruhan, sistem ini meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat serta menjimatkan masa dan kos dalam jangka panjang.