JIN473: Eco-Math Board Game: Enhancing Mathematical Skills Through Recycling For Sustainable Learning

DARSHITA A/P NAVEN SJKT SUNGKAI

Inovasi ini bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran matematik asas dalam kalangan murid melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan menggunakan bahan kitar semula. “Recycle Math Game Board” dibangunkan dengan mengintegrasikan elemen operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi dalam bentuk permainan interaktif. Bahan seperti kotak terpakai, botol plastik dan kad kitar semula digunakan untuk menghasilkan alat pembelajaran yang kos efektif dan mesra alam. Inovasi ini sejajar dengan prinsip Sustainable Development Goal (SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) dengan menggalakkan penggunaan semula bahan serta mengurangkan sisa. Hasil pelaksanaan menunjukkan peningkatan minat, penglibatan aktif serta pemahaman konsep matematik dalam kalangan murid.