KVN1015: KIT KA-AD: AMIR, SI PENCINTA SUNGAI

AMMAR DANISH EFFENDI BIN ANUAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

KIT KA-AD: AMIR, SI PENCINTA SUNGAI merupakan inovasi pembelajaran berbentuk buku cerita kanak-kanak yang bertemakan alam sekitar yang juga memfokuskan penguasaan sembilan jenis kata adjektif. Setiap muka surat cerita disusun dengan penggunaan kata adjektif secara kontekstual bagi membantu murid memahami maksud dan fungsi dengan lebih jelas. Selepas membaca, murid boleh mengakses tiga bahan sokongan melalui kod QR iaitu video animasi berdasarkan buku cerita, lagu kata adjektif (irama Chan Mali Chan) dan kuiz interaktif. Pendekatan ini meningkatkan minat, pemahaman serta keupayaan murid untuk mengenal pasti dan mengelaskan kata adjektif dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.