NUR KHAIZA BINTI ABDULLAH SMK GEMEREH
Kulit telur dan kulit pisang adalah sisa domestik yang digunakan untuk menghasilkan baja organik ini. Ia berkos efektif. Salah satu inovasi dalam penghasilan baja organik. Dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Mengurangkan kebergantungan terhadap bahan kimia di pasaran. EgNa fertilizer ini juga berfungsi sebagai baja organik serta dapat menyelesaikan masalah setempat berkenan dengan lambakan kulit telur. Inovasi ini dapat membuktikan keberkesanan kulit telur dan kulit pisang membantu pertumbuhan pokok. Produk ini mesra alam, mudah & jimat serta lebih selamat. Keputusan eksperimen yang diperoleh ialah nilai pH neutral dan pokok menjadi lebih subur apabila ditambah baja EgNa. Antara sumbangan produk ini adalah mengurangkan jumlah pokok mati akibat baja kimia. Seterusnya, ia juga dapat meningkatkan ekonomi setempat dan mengoptimumkan penggunaan kulit telur dan kulit pisang serta dapat mengurangkan pencemaran. Tiada baja lain yang menggunakan kulit telur dan kulit pisang sebagai bahan utama. Mudah untuk digunakan. Menjimatkan sumber semula jadi. Meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Mengurangkan masalah lambakan kulit telur dan kulit pisang. Produk ini berpeluang dipasarkan kerana bahan asasnya semula jadi dan ia menguntungkan. Keuntungan dijangka seawal suku tahun pertama pemasaran. Produk ini sangat menarik perhatian pembeli khususnya pencinta alam. Penggunaannya dikhususkan dalam industri pertanian. Kumpulan sasaran adalah petani dan pekebun. Kaedah penghasilannya adalah ayak kulit yang telah dikisar untuk mendapatkan serbuknya. Serbuk kulit telur dicampurkan dengan kulit pisang yang telah di gunting. Tambahkan sedikit air kemudian kisar kedua-dua bahan tersebut. Bahan yang telah dikisar kemudian dipanaskan selama 15 hingga 20 minit. Baja yang telah dipanaskan kemudian dituras menggunakan kain.