KVN947: TANGKI SIMPANAN AIR HUJAN MENERAPKAN APLIKASI IOT

MUHAMAD SYAMSUL BIN CHE SU POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.4118 | 7 Likes | 17 Views | 1 times | LS: 10.9
Like it? | Support them now!

Projek ini diaplikasikan daripada pemerhatian terhadap kaedah manual dalam sistem tadahan air hujan yang tidak mempunyai pemantauan automatik terhadap kualiti air. Objektif utama projek ini adalah untuk mereka bentuk dan menghasilkan Tangki Simpanan Air Hujan Menerapkan Aplikasi Internet of Things (IoT) yang mampu memantau tahap pH air secara masa nyata bagi kegunaan domestik. Skop kajian projek ini merangkumi reka bentuk tangki berskala kecil berkapasiti 13 liter dengan sistem penapisanberlapis menggunakan bahan seperti kain mesh, pasir silikakarbon aktifzeolit dan penstabil pH bagi memastikan air yang disimpan berada pada tahap kualiti yang selamatKomponen elektronik utama terdiri daripada sensor pH, pengawal mikro ESP32 serta aplikasi Blynk bagi memaparkan bacaan kualiti air secara langsung melalui telefon pintarProjek ini dijalankan di Taman Sri Aman, Jitra, Kedah yang menerima taburan hujan tahunan tinggi sekitar 2000–2500 mm, menjadikannya lokasi sesuai untuk sistem tadahan air hujan. Hasil pengujian menunjukkan nilai pH air selepas penapisan berada dalam julat 6.5 hingga 7.0, iaitu tahap selamat bagi kegunaan bukan minumanSecara keseluruhannyaprojek ini berjaya dibangunkan dan terbukti berupaya membantu pengguna memantau kualiti air dengan lebih mudahefisien serta menyokong amalan kelestarian sumber air di Malaysia.