KVN461: SMART GREASE TRAP

MUHAMMAD ZAHIRUL IQBAL BIN ZULKIFLI KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA

Abstrak


Smart Grease Trap  merupakan satu sistem perangkap sisa minyak yang direka untuk meningkatkan kecekapan penapisan sisa minyak dan habuk pasir daripada air basuhan peralatan di bengkel. Projek ini bertujuan untuk mengatasi masalah penyumbatan paip serta pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada pembuangan gris secara terus ke dalam sistem saliran. Reka bentuk tiga ruang (3 chamber) membolehkan proses pengasingan berlaku secara berperingkat, di mana sisa pepejal, habuk atau pasir mendap di ruang pertama, gris dna minyak terapung di ruang kedua, dan air yang lebih bersih dilepaskan melalui ruang ketiga.
Keunikan utama sistem ini adalah ciri ( removable) yang memudahkan kerja penyelenggaraan dan pembersihan tanpa memerlukan pembongkaran keseluruhan struktur. Bahan yang digunakan adalah tahan lasak, kos efektif, dan sesuai untuk kegunaan domestik mahupun komersial berskala kecil. Hasil ujian menunjukkan bahawa sistem ini mampu mengurangkan kandungan gris dan sisa buangan dalam air buangan dengan lebih efisien berbanding reka bentuk konvensional.
Kesimpulannya, Smart Grease Trap merupakan satu inovasi praktikal yang bukan sahaja membantu menjaga kebersihan sistem paip, tetapi juga menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.