MUHAMMAD DAIM SYAZWI BIN MOHAMAD SHAHER SMKA AL- MASHOOR(L)
Project: TECHNOVA
Ahli Kumpulan: Raja Arsyad Bin Raja Mohd Noor Hakinm1 , Muhammad Daim Syazwi Bin Mohd Shaher2 , Abdul Rahman Bin Ahmad Jaafar3, Dani Amsyar Bin Mukhliz4, Fahim Asyraf Bin Rashidi5
Projek inovasi KeyChain NFC Sekolah Pintar diusahakan bagi menyelesaikan masalah pengurusan data pelajar yang masih menggunakan kaedah manual seperti kad pelajar fizikal, rekod kehadiran bertulis dan penggunaan kertas yang berlebihan, yang menyebabkan isu kehilangan kad, kesukaran capaian maklumat serta ketepatan maklumat pemantauan kehadiran dan keselamatan pelajar. Inovasi ini mengaplikasikan teknologi Near Field Communication (NFC) dalam bentuk Keychain yang menyimpan data pelajar secara digital dan boleh diakses dengan secara langsung melalui telefon bimbit ataupun sistem yang disediakan oleh guru atau para pentadbir. Pelaksanaan projek ini meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah melahirkan sekolah pintar memperkukuh keselamatan pelajar melalui pemantauan masa ke masa, serta menyokong kelestarian alam dengan mengurangkan penggunaan bahan bercetak. Projek ini juga selari dengan aspirasi United Nations Sustainable Development Goals (SDG) khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur) dan SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab), menjadikan satu penyelesaian masalah dalam memajukan sistem pendidikan digital pada abad ke-21.
Kata kunci: NFC, pengurusan data pelajar, keselamatan pelajar, kehadiran digital, sekolah pintar, kelestarian, SDG4, 9, 12