SYAHRIL IKHWAN BIN YUSOF KOLEJ VOKASIONAL BESUT
Mini water Cooled Refrigerator dibangunkan bagi memenuhi salah satu keperluan pembelajaran dalam sistem penyejukan. Projek ini direka untuk membantu individu yang berkepeluang seperti Pendidikan dan peniagaan serta pengguna-pengguna lain yang memerlukan kemudahan penyejukan tanpa bergantung kepada penggunaan ais. Sistem ini menggunakan prinsip kitaran mampatan wap “vapour compression cycle” yang melibatkan komponen utama seperti pemampat, condenser, injap pengembang dan penyejat. Selain itu, sistem ini tidak menggunakan thermostat tapi dikawal menggunakan mikropengawal ESP32 bagi mengawal operasi pemampat dan kipas penyejuk. Kaedah yang digunakan dalam projek ini melibatkan proses kajian literatur, reka bentuk projek, pemasangan komponen serta ujian prestasi bagi menilai keberkesanan sistem penyejukan yang dibangunkan. Hasil ujian menunjukkan bahawa sistem ini mampu menurunkan suhu ruang simpanan ke tahap yang sesuai untuk penyimpanan makanan dan minuman. Secara keseluruhannya, projek ini berjaya menghasilkan sebuah mini refrigerator yang praktikal, mudah alih dan berpotensi digunakan sebagai alternatif kepada ice box konvensional serta sebagai alat bantu pembelajaran dalam bidang teknologi penyejukan dan penyamanan udara.
our Abstract Here!