MUHAMMAD FAYYADH IRSYAD BIN LUKMAN HAKIM SK SUNGAI STAR
Inovasi The Box dibangunkan kerana murid memerlukan satu bahan bantu belajar yang mudah untuk mempelajari sifat-sifat cahaya iaitu cahaya bergerak lurus, cahaya boleh dipantulkan dan cahaya boleh dibiaskan. Inovasi ini mengurangkan masa penyediaan radas di dalam kelas kerana hanya menggunakan satu bahan bantu sahaja. The Box adalah pemudah cara yang boleh digunakan oleh murid bagi memahami sifat-sifat cahaya dengan praktikal dan cepat.
Aplikasi penggunaan The Box yang mudah difahami merupakan ‘add on value’ terhadap inovasi ini. Murid lebih memahami ketiga-tiga sifat cahaya dengan lebih mudah dan tepat. Inovasi bahan bantu belajar ini adalah sesuai kepada semua murid berbeza aras dan kebolehan. Ini kerana, aplikasi The Box yang mudah dikendalikan, menepati objektif PdP dan mesra pengguna. Inovasi The Box menerima maklum balas yang positif daripada murid-murid dan guru-guru. Murid kini lebih memahami sifat-sifat cahaya secara teori dan praktikal.