WA'IE MUSLIM BIN ADNAN KOLEJ VOKASIONAL BESUT
Smart roof ladder direkabentuk menggunakan c-channel bagi memudahkan pemasangan penutup bumbung dalam industri teknologi pembinaan. Inovasi ini dihasilkan bagi menyelesaikan masalah keselamatan, masa pemasangan dan ketidakcekapan yang sering berlaku semasa pemasangan bumbung konvensional. Penggunaan c-channel sebagai struktur utama mampu memberikan kestabilan, ketahanan serta memudahkan pemasangan penutup bumbung di samping kosnya yang agak murah.
Smart roof ladder ini dapat meningkatkan kecekapan kerja, mengurangkan risiko kemalangan dan menjimatkan masa pemasangan penutup bumbung. Secara keseluruhannya projek ini berpotensi menjadi satu alternatif dalam amalan pembinaan yang lebih selamat dan sistematik.