AZZAHRA' BINTI AZHAR KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI
Projek inovasi 3D CORYTON merupakan satu medium penyampaian mesej melalui media digital yang bertujuan menyampaikan nilai-nilai murni secara kreatif serta memberi impak positif kepada masyarakat. Inovasi ini dibangunkan dengan berpandukan model ADDIE, yang merangkumi fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Dalam proses penghasilannya, beberapa perisian digunakan seperti Autodesk Maya, Krita, Adobe Premiere Pro, Adobe Substance Painter dan DaVinci Resolve. Animasi CORYTON mengisahkan hubungan kasih sayang antara adik-beradik serta haiwan peliharaan mereka, iaitu tokek bernama Cory, melalui watak June dan Viola. Penceritaan ini dipilih kerana mengandungi elemen dramatik, emosi serta pengajaran yang sesuai diketengahkan melalui medium animasi. Secara keseluruhannya, inovasi ini menonjolkan nilai kekeluargaan, kasih sayang dan tanggungjawab, sekali gus menjadi satu medium yang berkesan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.