YIN1031: SEBAYU AQUA FILTER (SAF)

MUHAMMAD FARHAN DANIAL BIN MD FAHIZUL SMK SERI BAYU

Projek SEBAYU AQUA FILTER (SAF) dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penapis air DIY menggunakan bahan semula jadi seperti pasir, arang, batu dan kapas. Projek ini bertujuan menghasilkan kaedah penapisan air yang mudah, kos rendah dan mesra alam. Air kotor ditapis melalui beberapa lapisan bahan penapis dalam botol plastik dan perubahan kejernihan diperhatikan. Hasil kajian menunjukkan gabungan arang dan pasir halus memberikan penapisan terbaik. Kesimpulannya, SAF berkesan menyingkirkan bendasing dan berpotensi digunakan sebagai alternatif penapisan air di kawasan terhad. Projek ini juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan air bersih dan penjagaan alam sekitar.