YIN639: MOUSETRAP

NADIA FILZAH BINTI FADHLI SMK DATO' AHMAD MAHER

Kehadiran tikus liar merupakan satu masalah yang sering berlaku dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia serta alam sekitar. Tikus boleh menyebarkan penyakit melalui air kencingnya dan menyebabkan persekitaran menjadi kotor serta tidak selamat. Kebiasaannya, masyarakat menggunakan perangkap tikus seperti perangkap pelekat atau sangkar, namun kaedah tersebut hanya mampu menangkap sejumlah kecil tikus dan kurang praktikal. Oleh itu, projek ini memperkenalkan inovasi yang dinamakan MOUSETRAP, iaitu perangkap tikus yang dihasilkan dengan menggunakan botol bersaiz besar yang mudah diperoleh di rumah atau di kedai. Inovasi ini juga bertujuan menggalakkan penggunaan semula botol terpakai bagi mengurangkan pembaziran dan memanfaatkan bahan yang sedia ada. Kaedah pembuatannya adalah mudah dan kosnya rendah, menjadikannya sesuai digunakan oleh masyarakat. Hasil inovasi ini diharapkan dapat membantu mengawal masalah tikus secara lebih berkesan di samping menyokong amalan kitar semula dan penjagaan alam sekitar.