KVN1419: PAM PENUKARAN MINYAK ENJIN KENDERAAN DUA HALA
MUHAMMAD ARIF HAKIMI BIN ZAMZAM KOLEJ VOKASIONAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTAIN BILLAH
Projek ini memperkenalkan Pam Penukaran Minyak Enjin Dua Hala sebagai solusi inovatif bagi menggantikan kaedah konvensional yang memakan masa dan berisiko tinggi terhadap tumpahan. Menggunakan bekalan kuasa bateri 12V, sistem ini membolehkan proses menyedut minyak lama dan mengisi minyak baharu dilakukan secara automatik tanpa perlu mengangkat kenderaan. Fokus utama reka bentuk adalah untuk menghasilkan unit yang mudah alih, kos efektif, dan mesra pengguna bagi kegunaan individu mahupun bengkel kecil. Hasil daripada projek ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan penyelenggaraan, menjamin kebersihan persekitaran kerja, serta mengurangkan risiko keselamatan
Kata kunci: Pam Dua Hala, Penyelenggaraan Automotif, Minyak Enjin.