NURUL IZZATIE BINTI ABDULLAH SMK KAMPONG SELAMAT
Bidang Pembelajaran 5.0 Termokimia, Standard Pembelajaran 5.1 Tindak balas Eksotermik dan Endotermik subjek Sains Tingkatan 3 merupakan topik yang digemari oleh kebanyakan murid. Berdasarkan kajian awal yang dijalankan, didapati 19 orang murid 3 Amanah mengalami kesukaran untuk mengenalpasti dan membezakan konsep tindak balas eksotermik dan endotermik.
Justeru, satu intervensi dilaksanakan melalui aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dengan mereka bentuk bahan menggunakan bahan organik berasaskan tumbuh-tumbuhan dan tidak menggunakan
bahan kimia iaitu dengan penghasilan inovasi bahan pengajaran dan pembelajaran EndoPBAV.
Inovasi gel tampalan organik sejuk EndoPBAV ini menyelesaikan masalah suhu badan tinggi menggunakan konsep tindak balas endotermik iaitu tindak balas kimia yang menyerap haba dari persekitaran dan menyebabkan suhu persekitaran menurun.Ujian menunjukkan bahawa ekstrak daun sireh Piper mempunyai aktiviti antipiretik tertinggi bagi kelima-lima ekstrak daun. Medium dengan ekstrak Piper betle dan Aloe vera adalah medium penyejuk gel terbaik dalam menyerap haba dari sekeliling dengan cepat. Ujian telah dijalankan ke atas 10 orang murid yang demam. Hasilnya menunjukkan gel tampalan organik ini mampu menurunkan suhu badan lebih kurang (0.5).
Malah, hasil intervensi aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) secara hands-on learning menggunakan EndoPBAV ini, didapati semua murid melibatkan diri secara aktif di dalam kelas.Malah pencapaian murid meningkat dari sebelumnya dengan menjalankan ujian-pra dan ujian-pos menggunakan soalan KBAT
di mana peratus peningkatan adalah sebanyak +57.9% untuk mencapai gred 80%-100%.
Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa aktiviti projek menggunakan EndoPBAV dapat meningkatkan kefahaman konsep dan menarik minat murid dalam topik ini. EndoPBAV amat sesuai dikongsikan melalui Professional Learning Community (PLC) bersama guru-guru dan menyokong matlamat global yang terkandung dalam Sustainable Development Goals (SDG). Malah EndoPBAV ini murah dan mampu milik iaitu RM 3.50 amat sesuai untuk dikomersialkan pada masa akan datang.